Saturday, February 13, 2016

Surah 18 (101~110)

Al-Kahf, dari ayat 101~110


101. Iaitu orang-orang yang mata-mata mereka terhalang daripada memperhatikan peringatan ku, dan adalah mereka tidak boleh mendengar.

102. Maka apakah orang-orang kafir itu sangka, bahawa mereka boleh jadikan hamba-hamba ku sebagai penolong-penolong ? sesungguhnya kami telah sediakan jahanam bagi  orang-orang kafir sebagai tempat tinggal.

103. Katakan lah; “mahukah kami beritahu kepada kamu, orang-orang yang paling rugi tentang amal-amal mereka ?.

104. “Iaitu orang-orang yang sesat  usahanya dipenghidupan  yang rendah ini, pada hal mereka sangka, bahawa mereka berbuat kebaikan”.

105. Merekalah orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Tuhan mereka dan kepada pertemuan dengannya, lantaran itu gugurlah amal-amal mereka, maka kami tidak akan diberikan timbangan bagi mereka dihari kiamat.

106. Yang demikian itu balasan mereka, ialah jahanam, lantaran mereka tidak percaya dan mereka menjadikan ayat-ayat ku dan Rasul-Rasul ku sebagai ejekan.

107. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, adalah bagi mereka syurga-syurga firdaus sebagai tempat tinggal.

108. Keadaan mereka kekal padanya, mereka tidak ingin pindah dari situ.

109. Katakan lah; “jika adalah laut sebagai tinta bagi kalimah-kalimah Tuhan ku, nescaya akan habis air laut itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhan ku, walau pun kita adakan bantuan lagi sebanyak itu”.

110. Katakan lah; “tidak lain aku ini, melainkan manusia seperti kamu, diwahyukan  kepada ku, bahawa tidak ada Tuhan kamu,  melainkan Tuhan yang satu, maka barang siapa percaya akan pertemuan Tuhan nya, hendaklah ia kerjakan amal soleh dan janganlah ia sekutukan  seorang pun dalam beribadat kepada Tuhan nya”.
.
.
.
.
Following G+,
[] https://plus.google.com/101447691104901108108/posts/9U7T6nvvpUC





.

No comments:

Post a Comment